Monday, November 30, 2009
bersamalah kita hayati & renungkan
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....MAK
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....MAKku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....MAK
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. MAK ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon MAK
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk MAK
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk MAK?
MAK bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau MAK sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan MAKnya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah MAKnya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin MAKnya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis MAKnya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis MAKnya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga MAKnya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH MAKnya......
SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA
Sunday, November 1, 2009
Aku Berfikir International
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tahfiz Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata..
Wednesday, October 7, 2009
exam fever
walaupun student f1,2,4 cuti, x brape nak free jgk...bnyk keje nak settle kan...4 sure, keje unit peperiksaan...baru settle siapkan jadual tuk exam sem 2....png2 lalat jgk, tgk jadual pengawasan, bnyk sgt huruf2 kod nm guru.....
harap2 exam kali nie, xda mslh problem agi....hrp2 xdalah cgu cgi yg wat hal lg cam selalu, tbe2 ilang, x jg exam....ingt yer kekwn, jadual waktu anda tanggungjawab anda.....2 lah dt gaji kiter kan....abis jg exam, cam bese mslh lg, phantaran markah...nape ssh sgt ek nak anto markah ikut mase yg ditetapkan????org len pun bnyk keje jgk, tp naper blh siap jer...mekasih lah bebnyk pd seme yg beri komitmen pd unit exam....lgpun nie mmg tggjawab kiter, yg utama dlm bdg kite akademik...exam nie slh satu lah kan, btl x????so hrp2, nak jgk tgk yg t'akhir tuk tahun nie, seme pat wat yg terbaik, anto markah punctual,tepat waktu...xda masalah kan cgu cgi????lgpun mrkh2 tu nak kena anto ke PPD lg, hrp seme pat semak kertas on time ek, lgpun skema jwpn dh d beri awal2......
gtg...nak g pbanyakkan jadual exam, tata titi tutu....have a nice day.....(arini gaji, jom p serbu atm machine hehe =)
Saturday, August 22, 2009
happy blessed ramadhan 1430 H
Kepada semua sahabat,
Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan di Ramadan yang mulia ini, kita dapat meraih seribu keinsafan, taufik & hidayah, kebahagiaan yang hakiki, barakah, maghfirah & rahmat dari Allah yang berkekalan di dunia & akhirat. Amin
Saya juga memohon maaf di atas segala kekurangan saya atau kesilapan jika ada. Pinta dihalalkan segalanya.
BINGKISAN RAMADHAN
kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita
datangnya seperti selalu
dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya
Namun perhatikanlah umatku....
datangnya awal Ramadhan
ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal
ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal
resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv
lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang
bersama Ramadhan
bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat?
tapi mengapa otakmu ligat berfikir ttg bajuraya,kuih raya dan beraya?
perhatikanlah umatku itu...
dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun
dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain
namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain?
mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?
perhatikanlah umatku itu...
Dia tak pernah lupa untuk berpuasa
dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus
tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja
seperti kata Nabiku dulu
sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu
virus mengumpat,dengki,bohong,riya'....
tak hilang tak luntur dengan puasanya
puasanya sia-sia disisi Yang Esa..
Ramadhan datang
matku tahu dimana Syaitan Iblis diwaktu itu
patutnya terasa mudah
senang dan ringan beribadat
kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu
tapi mengapa masih seperti biasa?
Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat....mengapa?
perhatikanlah umatku itu...
gembira dia bila datangnya Ramadhan
seronok dia berpuasa..rupanya Ramadhan adalah pesta makanan
baginyadua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan
membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti
seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn sekali berbuka
rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah
banyak jualan murah potongan harga disana,potongan disini..
dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya..
setahun sekali katanya..apa salahnya?
tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?
lihatlah umatku itu....
berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh
seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan
kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza
ada yang buat 8 ada yang buat 20...
namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu?
di manakah mereka semasa rukuk,sujud..
didalam tarawikh itu atau luar sana?
adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ?
tepuk dada,tanya iman...
lihatlah umatku itu....
Bila Ramadhan bertamu
bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu
solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid
hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja,
menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan
tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan?
Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali...
dimanakah kesan latihan diBulan Mulia itu?
lihat umatku itu....
Ramadhan ialah bulan yg Mulia dan dijanjikan banyak pahala..
katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran
azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan
setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu'
tapi.... bila berlalu Ramadhan..
al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan.
al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang
untuk Ramadhan sajakah al-Quran?
untuk kematian saja kah al-Quran?
lihat umatku itusemakin hampir Ramadhan kepada Syawal,
semakin sedikit masa Ramadhan yg ada dengan mereka
semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal
Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak
lupakah umatku itu dimana Nabiku dan
sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan?
tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini?
cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga
malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?"
marilah sama-sama kita renungkan........
Wednesday, August 12, 2009
BTN
@ 1st isau jgk...bile kol btn,upanye aku sorg jer pat g btn daerah kudat ni,dah mcm2 pk cmner nak g saner,dahlah agak jauh...x prnh lak g area saner...biler contact btn,mintak contact no cgu2 terdekat...dorg bg cgu kat kota marudu...nsb bek dorg baik ati,bg tumpang, g 1x.....upa2nyer dorg membe myra ms kat uum....thanx a lot nick & wan...korg mmg gmpk...."bwk keta ati2,jgn emergency brek slalu ek"hehe....
syok g sane,tmpt bez,fasi urustia jrlth seme bez2.....x tensen pun.....rase cam g holiday lak....hehe....& x sangka ramai jgk jupe membe2 zmn study.....
hasil dr btn....bgs jgk...pat tmbh ksdrn dr,pat kongsi ilmu ngan kwn2 baru....nice 2 know u guys....u r da bez......1 MALAYSIA....
Sunday, July 26, 2009
pot luck
n wat bday boy (mr djohan boy wenge abd rahman)....epi bday,smga pnjg umo, mrh rezki n jdh berkekalan n bbahgia b'same pn.jukiah n baby farhan shah.....